Kampung Lata Rek pada awalnya merupakan satu penempatan yang kecil, di mana ia merupakan kampung yang penduduknya berhasilkan kebun getah dan niaga kecil-kecilan. Ia terletak 5km daripada pekan Laloh. Kampung ini terkenal kerana mempunyai air terjun Lata Rek yang terletak dalam daerah Laloh, Kuala Krai. Perjalanan menuju air terjun ini dari Kota Bharu sejauh 110 kilometer dan 27 kilometer dari Kuala Krai. Kawasan ini menjadi tumpuan para penduduk di sekitarnya. Kampung-kampung yang terletak di sekitar Lata Rek ini ialah Kampung Bukit Budu, Kampung Chatel, Kampung Jelkis, Kampung Tok Uban, kampung Kubang Kerian dan Kampung Lata Tual.
Pada waktu itu kanak-kanak di sekitar Lata Rek terpaksa bersekolah di Sekolah kebangsaan Laloh, oleh kerana banyak kesulitan yang dihadapi oleh ibu-bapa dan kanak-kanak di kawasan ini untuk mendapatkan pendidikan dan belanja yang tinggi memandangkan jarak sekolah dari tempat tinggal murid jauh dan bimbangkan keselamatan mereka, maka para penduduk di sekitar Lata Rek telah memohon untuk pembinaan sebuah sekolah di Kampung Lata Rek.
Permohonan untuk mendirikan bangunan sekolah ini telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan pada tahun 1988 dan di dibina oleh pihak KESEDAR. Ianya telah didirikan di atas tapak tanah seluas 2.8 ekar. Ianya dibina untuk 6 bilik darjah (Tahun 1 hingga 6), iaitu 2 blok bangunan separa batu dan 1 bahagian kantin.
Pada 31.12.1988 Sekolah Kebangsaan Lata Rek mula dibuka akan tetapi semua pengurusan pentadbiran adalah di Sekolah Kebangsaan Laloh. Terdapat 7 orang guru sahaja yang mengajar anak didik di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, Sekolah ini terletak 5 kilometer dari pekan Laloh.
Pada 01.01.1990 selepas Merdeka, Pengurusan baru iaitu Sekolah Kebangsaan Lata Rek mempunyai Guru Besar pertama iaitu Tn. Hj. Mohd Nordin bin Ibrahim dari SK Paloh. Memandangkan keadaan muridnya yang semakin bertambah, maka dalam pertengahan tahun 1990 Sekolah Kebangsaan Lata Rek di bina di tapak baru dengan kedudukan yang strategik iaitu sebuah bangungan konkrit dua tingkat telah dibina. Ianya mengandungi 12 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, bilik-bilik khas dan kantin sekolah. Di samping itu, tiga unit rumah kayu dibina untuk guru.
Oleh kerana bilangan guru di sekolah ini bertambah, maka masalah tempat tinggal timbul. Oleh itu dalam tahun 1991, beberapa unit rumah guru telah dibina. Tapak kawasan sekolah yang pertama dibina dahulu telah dijadikan asrama desa Sekolah Kebangsaan Lata Rek. Asrama Desa ini siap diperbaiki dan dibuka pada tahun 2004. Asrama Desa menampung seramai 80 lebih orang pelajar. Bagi pelajar tahun 6 adalah wajib untuk tinggal di Asrama Desa. Dan ianya dibuka kepada pelajar-pelajar yang rumah jauh dari sekolah.
Pada masa kini, sekolah ini mengandungi tiga bangunan dan mengandungi 10 unit rumah guru. Dan 4 buah darinya adalah dihapus kira. Bilangan muridnya telah bertambah kepada hampir 500 orang dan 39 orang guru serta 7 orang kakitangan sokongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan